KAJANG: Lebuhraya Kajang–Seremban Sdn. Bhd. (LEKAS) akan mengaktifkan sistem Smart Lane di beberapa seksyen terpilih Lebuhraya LEKAS sebagai langkah mitigasi proaktif bagi mengurangkan kesesakan trafik, khususnya pada waktu puncak pagi dan petang bermula esok. Pelaksanaan sistem itu melibatkan laluan antara Persimpangan Kajang Selatan (LEKAS) dan Persimpangan Kajang Perdana (SILK) yang dikenal pasti sering mengalami kesesakan. Bagi arah utara, Smart Lane akan diaktifkan dari KM 1.0 hingga KM 0.1, iaitu dari…










