Lagi Ketua Pengarah Jabatan Kerajaan ditahan SPRM

Lagi Ketua Pengarah Jabatan Kerajaan ditahan SPRM

AZAM BAKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini mengesahkan seorang lagi Ketua Pengarah sebuah jabatan kerajaan ditahan pihaknya, di ibu pejabat di sini hari ini.

Menurut SPRM, pihaknya turut menahan seorang pengarah dalam jabatan sama bagi membantu siasatan berhubung kesalahan menerima sejumlah wang ke dalam akaun.

“Dua individu telah ditahan hari ini. Mereka ditahan di Putrajaya ketika hadir untuk memberi keterangan. Penahanan dibuat berhubung kesalahan menerima wang ke dalam akaun,” katanya.

Media dimaklumkan kedua-duanya disyaki bersubahat menyeleweng dana kira-kira RM900,000.

“Kedua-dua suspek lelaki berusia lingkungan 50-an telah ditahan kira-kira pukul 1 petang tadi ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya.

“Siasatan awal mendapati kedua-dua suspek disyaki bersubahat melakukan perbuatan tersebut pada tahun 2024.

“Kedua-dua suspek dipercayai telah menyalahgunakan kuasa dan kedudukan masing-masing dengan menggunakan peruntukan kewangan di tempat mereka bekerja berjumlah kira-kira RM900,000 untuk kepentingan peribadi,” katanya.

Kedua-dua suspek juga didapati telah mengemukakan tuntutan palsu dan dokumen yang mengandungi butir matan palsu berjumlah kira-kira RM60,000 untuk menunaikan umrah semasa menghadiri urusan rasmi di Jeddah pada 29 Januari hingga 4 Februari tahun lalu.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki mengesahkan tangkapan tersebut dan memaklumkan siasatan masih giat dijalankan.

Kata beliau, SPRM tidak menolak kemungkinan akan ada tangkapan susulan sekiranya terdapat bukti dan keterangan tambahan.

Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 18 dan Seksyen 23 Akta SPRM 2009 serta turut melibatkan kesalahan di bawah Kanun Keseksaan berkaitan pecah amanah dan salah guna harta.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN