Jonassen enggan bergantung kepada Zii Jia

Jonassen enggan bergantung kepada Zii Jia

Aksi pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia ketika menentang pemain India, Ayush Shetty pada pusingan pertama Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2026, di Stadium Axiata Arena, di sini hari ini. - UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Perancangan skuad badminton negara tetap berjalan seperti biasa biarpun penyertaan pemain profesional negara, Lee Zii Jia dalam skuad Piala Thomas masih belum dimuktamadkan.

 

Pengarah Kejurulatihan Perseorangan Akademi Badminton Malaysia (ABM), Kenneth Jonassen berkata, fokus utama ketika ini adalah memastikan barisan sedia ada benar-benar bersedia tanpa bergantung sepenuhnya kepada keputusan bekas juara All England itu.

 

Menurutnya, semua pemain dalam skuad kebangsaan memahami cabaran besar yang menanti, terutama berdasarkan kedudukan ranking dunia yang tidak memihak kepada Malaysia ketika ini.

 

“Saya sependapat dengan semua pihak bahawa kita perlu memiliki pasukan terkuat untuk tempoh 10 hari di Denmark pada April dan jika dia (Zii Jia) cergas sepenuhnya serta komited, sudah tentu dia akan menjadi komponen penting dalam pasukan Piala Thomas.

 

“Semua orang boleh membaca ranking dunia dan tahu cabaran yang menanti, tetapi itu tidak bermakna ia mustahil kerana kami sedang menyediakan pemain supaya berani mengambil tanggungjawab dan berjuang habis-habisan untuk negara.

 

“Pemain tahu tugas yang berat menanti mereka dan kami perlu berani bermimpi besar serta mencuba habis-habisan kerana jika kita sudah beri segala-galanya walaupun tidak berjaya, sekurang-kurangnya kita tahu kita sudah lakukan yang terbaik,” kata Jonassen ketika ditemui di ABM, Bukit Kiara, semalam.

 

Terdahulu, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menghulurkan jemputan rasmi kepada Zii Jia, Aidil Sholeh Ali Sadikin serta beregu lelaki, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani untuk menyertai kem latihan selama 10 hari selepas Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2026 yang berakhir pada 12 April ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN