Dekorasi sembahyang laris menjelang Tahun Baharu Cina

Dekorasi sembahyang laris menjelang Tahun Baharu Cina

FONG Lai May membuat dekorasi sembahyang kepada pelanggan masyarakat Tionghoa sempena sambutan Tahun Baharu Cina di Kampung Cina, Kuala Terengganu, Terengganu. – UTUSAN/PUQTRA HAIRRY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Dekorasi untuk ritual sembahyang mendapat sambutan tinggi menjelang sambutan Tahun Baharu Cina tidak lama lagi.

Tinjauan Utusan Malaysia di Kampung Cina di sini mendapati, masyarakat Tionghoa mula membuat persiapan termasuk mendapatkan pelbagai hiasan sembahyang sebagai pelengkap altar dan simbolik menyambut tahun baharu dengan penuh harapan.

Seorang peniaga, Fong Lai May, 70, berkata, setiap kali menjelang perayaan tersebut, dekorasi sembahyang antara barangan wajib dibeli pelanggan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, dia bersama suaminya, Low Thian Hock, 74, menjalankan perniagaan di kawasan itu sejak 1987 dan kedai mereka sentiasa menjadi tum­puan setiap kali musim perayaan tersebut.

“Dekorasi sembahyang yang dijual mempunyai maksud tersendiri. Contohnya, perhia­san berbentuk nanas melambangkan murah rezeki atau ‘ong’ manakala bunga teratai pula membawa simbol kesihatan dan kesejahteraan.

“Kedai saya sudah berpuluh-puluh tahun di sini dan setiap kali Tahun Baharu Cina, memang ramai pelanggan datang mendapatkan hiasan untuk altar sembahyang,” katanya di sini.

Lai May berkata, bakatnya dalam menghasilkan krafta­ngan dimanfaatkan sepenuhnya de­ngan membuat sendiri sebahagian hiasan yang dijual di premis berkenaan.

“Setiap dekorasi dihasilkan dalam pelbagai saiz sama ada kecil atau besar dan dijual antara harga RM12 hingga RM40 bergantung kepada jenis dan reka bentuk,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×