JOHOR BAHRU: Persatuan Kebajikan Pemilik Tanah dan Penduduk Kampung Melayu Majidee (Perkam) merayu agar isu status Tanah Rizab Melayu (TRM) kampung tersebut tidak dijadikan bahan politik oleh mana-mana pihak. Pengerusinya, Abdul Rahim Md. Shariff berkata, isu permohonan TRM daripada hak milik pajakan kepada hak milik kekal merupakan isu rakyat dan itu yang diperjuangkan pihaknya. Katanya, pihaknya sedang menunggu jawapan bertulis susulan pertemuan bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Larkin, Mohd.…










