KOTA KINABALU: Hujan berterusan sejak semalam mengakibatkan tiga daerah di Sabah iaitu Kota Marudu, Pitas dan Paitan dilanda banjir, pagi ini. Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam kenyataan berkata, pemakluman mengenai situasi banjir di ketiga-tiga daerah itu telah dibuat Pegawai Daerah merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) masing-masing dalam satu notis pengisytiharan bencana dikeluarkan pada 6 pagi tadi. “Pemakluman tersebut dibuat berdasarkan maklumat di lapangan dan laporan diterima daripada…










