Hat Yai lengang, tempahan hotel hanya 30 peratus 

Hat Yai lengang, tempahan hotel hanya 30 peratus 

SITTHIPONG SITTHIPHATARAPRABHA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HAT YAI (THAILAND): Bandar pelancongan popular Hat Yai yang lazimnya dipenuhi ribuan rakyat Malaysia setiap kali Tahun Baharu Cina bertukar lengang apabila kadar tempahan hotel hanya sekitar 30 peratus, terendah dalam tempoh 40 tahun.

Presiden Persatuan Hotel Hatyai-Songkhla, Dr. Sitthipong Sitthiphataraprabha berkata, keadaan itu sangat mengejutkan memandangkan kebiasaannya musim perayaan tersebut menyaksikan kadar penginapan mencecah 90 peratus.

“Inilah tahun paling teruk dalam empat dekad. Kebiasaannya bandar ini dibanjiri pelancong dari Malaysia dan Singapura, tetapi kali ini amat berbeza. Suasana sangat suram.

“Saya akui, banjir besar yang melanda bandar itu pada November tahun lalu masih meninggalkan kesan mendalam terhadap pelancongan sini,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Sitthipong berkata, beberapa lokasi tumpuan utama seperti Pasar Kim Yong  dan Pasar Plaza yang menjadi syurga membeli-belah rakyat Malaysia belum pulih sepenuhnya.

“Kehilangan pelancong turut menyebabkan anggaran susut pendapatan mencecah RM37.7 juta dengan jangkaan kutipan musim perayaan kali ini hanya sekitar RM25.13  juta berbanding RM62.84 juta tahun lalu.

“Malah, tiada langsung tempahan berkumpulan dari Malaysia dan Singapura direkodkan iaitu sesuatu yang jarang berlaku sebelum ini,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN