Hidup sengsara di Lombok, ibarat keluar dari kandang harimau

Hidup sengsara di Lombok, ibarat keluar dari kandang harimau

NORIDA Akmal Ayob menunjukkan kad pengenalan yang masih disimpan sepanjang berada di Lombok, Indonesia ketika ditemui di Lenggong, Perak, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LENGGONG: Ibarat seperti keluar dari kandang harimau, menjadi simpulan pengalaman buat Norida Akmal Ayob, 45, setelah kembali ke kampung halamannya di sini setelah 18 tahun hidup di Lombok, Indonesia.

Kata-kata itu terpacul dari mulutnya, setelah terkurung di bumi asing apabila mengikuti bekas suaminya ke negara asal pada 2008. 

Hampir dua dekad lalu, dia bersama bekas suami serta anak perempuannya mereka yang ketika itu baru berusia dua tahun berhijrah ke Lombok.

Namun kebahagiaan yang dicari tidak kesampaian apabila kehidupannya di sana penuh dugaan selepas ditinggalkan.

“Kami bergelut dan berdepan masalah kewangan. Malah mengharapkan simpati penduduk setempat untuk hidup,” katanya kepada Utusan Malaysia di Kampung Bukit Sapi, di sini semalam.

Norida sebelum ini bekerja sebagai guru KAFA di sebuah sekolah di Bukit Sapi, Lenggong sebelum berkahwin dengan lelaki warga Indonesia yang menetap Lombok.

Usaha membawa wanita itu pulang diusahakan oleh keluarganya termasuk menerusi bantuan Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah yang juga Timbalan Menteri Dalam Negeri.

Hajat Norida untuk menjejak kaki semula ke tanah air menjadi kenyataan apabila beliau semalam selamat tiba di Malaysia bersama anak sulungnya, Nur Fatin Akma Diana, 20.

Katanya, beliau pernah berusaha beberapa kali untuk kembali ke Malaysia, namun gagal memandangkan Lombok yang jauh dari Kedutaan Malaysia di Jakarta.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN