Guilherme teruja bantu JDT ke pusingan 16 ACLE

Guilherme teruja bantu JDT ke pusingan 16 ACLE

Marcos Guilherme
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyerang import baharu  Johor Darul Ta’zim (JDT), Marcos Guilherme akui teruja dapat membantu skuad Harimau Selatan melangkah ke Pusingan 16 Terbaik Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE).

Pemain kelahiran Brazil itu berkata,gol berkenaan bukan sekadar jaringan biasa, sebaliknya simbol kerja keras dan semangat juang seluruh pasukan sepanjang 90 minit perlawanan.

“Kami berjuang sebagai satu pasukan. Semua pemain memberikan sepenuh komitmen dan kemenangan ini memang layak buat kami,” katanya selepas perlawanan.

Bekas pemain kelab Brazil itu turut memuji mentaliti rakan sepasukan yang kekal fokus meskipun berdepan lawan berkualiti dari Jepun.

Katanya, disiplin taktikal serta kesungguhan mempertahankan setiap inci kawasan padang menjadi kunci kejayaan mengekang asakan lawan.

Tidak ketinggalan, Guilherme mengangkat peranan penyokong setia JDT yang memenuhi stadium dan mencipta atmosfera luar biasa.

“Sokongan mereka memberi tenaga tambahan kepada kami. Kami bermain bukan sahaja untuk diri sendiri, tetapi untuk semua penyokong,” ujarnya.

Menyertai skuad kendalian Harimau Selatan kira-kira enam minggu lalu, Guilherme mengakui masih dalam fasa penyesuaian, namun semakin serasi dengan corak permainan kendalian Xisco Munoz itu.

“Saya akan terus bekerja keras setiap hari dalam latihan. Jurulatih dan rakan sepasukan banyak membantu. Sekarang JDT sudah seperti rumah saya,” katanya.

Guilherme membuktikan nilainya apabila muncul wira kemenangan 1-0 ke atas Vissel Kobe dalam aksi di Stadium Sultan Ibrahim(SSI) sekaligus  sudah cukup untuk mambawa JDT mara ke peringkat seterusnya.

JDT dijadualkan bakal bertemu Sanfrecce Hiroshima di peringkat 16 terbaik ACLE musim 2025/26.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN