DAPSY menyeru KPT untuk memulakan kajian menyeluruh dalam usaha menyeragamkan dan menyatukan sistem pra-universiti, terutamanya antara sistem STPM dan Matrikulasi, berdasarkan merit, keadilan sosial dan keperluan (need-based). DAPSY berpendapat bahawa pengumuman Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, di Parlimen baru-baru ini mengenai pelaksanaan sistem “single window, single offer” bagi kemasukan program pra-universiti merupakan satu pelarasan pentadbiran, namun masih jauh daripada perubahan polisi yang mengundang reformasi pendidikan tinggi.…










