KUALA LUMPUR: Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengingatkan orang ramai agar berwaspada dengan taktik penipuan terbaharu oleh pihak tidak bertanggungjawab yang menyamar sebagai pekerja syarikat utiliti tersebut. Menerusi satu amaran yang dikeluarkan, TNB menasihatkan pelanggannya supaya berhati-hati dengan helah sindiket scammer yang cuba memperdaya mangsa bagi mendapatkan maklumat peribadi yang sulit. Bagi memberi kesedaran awam, pihak TNB mendedahkan tiga taktik utama yang sering digunakan pada masa kini iaitu penyamaran, pancingan data…










