PUTRAJAYA: Seramai 11 Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi yang baharu mengangkat sumpah jawatan dan taat setia di hadapan Ketua Hakim Negara, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh dan Hakim Besar Malaya, Datuk Seri Hashim Hamzah. Majlis Penyampaian Surat Cara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan dan Taat Setia Pesuruhjaya Kehakiman berlangsung di Istana Kehakiman di sini, hari ini. Antara dalam senarai ialah Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan, Datuk Zamri Bakar, Pendaftar Mahkamah Tinggi…










