UMT sambut baik inisiatif Dapur Siswa

UMT sambut baik inisiatif Dapur Siswa

UMT
MOHD. IZANI MOHD. ZAIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Universiti Malaysia Terengganu, Prof. Dr. Mohd. Izani Mohd. Zain menyambut baik inisiatif Dapur Siswa yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila dapat memberi manfaat kepada kesejahteraan mahasiswa kita dan fokus pembelajaran.

Beliau berkata, inisiatif itu sudah tentu dapat membantu meringankan beban kewangan dan kos sara hidup sekali gus meningkatkan tahap kesejahteraan mahasiswa.

Inisiatif Dapur Siswa Rumah Rezeki di peringkat HEPA, UMT telah pun bermula sejak tahun lalu. Namun, dengan pengumuman bajet sebanyak RM15 juta oleh Perdana Menteri baru-baru ini akan dapat melonjakkan lagi usaha universiti membantu soal kebajikan pelajar dengan lebih baik dan berkesan. 

Jelas beliau, faktor kewangan sebelum ini seringkali menjadi hambatan kepada kesejahteraan mahasiswa.

“Kajian Indeks Kesejahteraan Pelajar (IKP) yang dilaksanakan oleh Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) UMT menunjukkan kesejahteraan mahasiswa boleh terganggu jika mereka berhadapan dengan masalah kewangan termasuk soal makan dan minum serta kos sara hidup yang tinggi,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN