KUALA LUMPUR: Tiga buah rumah setinggan musnah dalam kebakaran yang berlaku berhampiran tanah perkuburan Nirvana di Kampung Bellamy di sini, hari ini. Komander Operasi Kanan, Penolong Penguasa Bomba Mohammad Faiz Harzmi berkata, panggilan kecemasan diterima pada pukul 7.38 pagi tadi. Katanya, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Hang Tuah bersama BBP Pudu digerakkan ke lokasi sejurus menerima maklumat kejadian. “Kebakaran melibatkan tiga rumah setinggan dengan keluasan keseluruhan dianggarkan 300 kali…










