Tiada ‘hidangan percuma’ dalam pembangunan MotoGP

Tiada ‘hidangan percuma’ dalam pembangunan MotoGP

MARC MARQUEZ - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Tiada ‘hidangan percuma’ dalam pembangunan MotoGP

SEPANYOL: Pelumba Ducati, Marc Marquez menegaskan bahawa pembangunan jentera MotoGP tidak pernah menawarkan jalan mudah, sebaliknya sentiasa menuntut kompromi yang rumit antara prestasi, keseimbangan dan kebolehgunaan di semua litar.

Juara dunia lapan kali itu berkata, setiap penambahbaikan pasti datang dengan harga tertentu, dan cabaran sebenar adalah memastikan keuntungan yang diperoleh lebih besar daripada kerugian yang terpaksa ditanggung.

“Dalam MotoGP, semuanya tentang kompromi. Anda cuba mencari di mana keuntungan terbesar boleh dibuat, tetapi pada masa sama sedar ia hampir pasti akan menjejaskan bahagian lain,” katanya.

Menurut Marquez,bahagian hadapan sememangnya kritikal bagi penunggang kerana tayar hadapan menjadi penentu utama ketika membrek dan masuk selekoh.

“Sudah tentu, jika anda ada rasa bahagian hadapan yang lebih baik, itu satu kelebihan. Tetapi biasanya apabila bahagian hadapan diperbaiki, anda akan kehilangan sedikit cengkaman belakang. Jadi anda perlu mencari keseimbangan yang betul,” jelasnya.

Marquez menambah, Ducati sedar mereka sudah memiliki asas jentera yang sangat kukuh, justeru pendekatan yang lebih realistik adalah memperkenalkan penambahbaikan kecil dan berperingkat, bukannya perubahan besar yang berisiko membawa arah pembangunan tersasar.

“Kita tidak boleh mengharapkan satu lonjakan besar daripada satu kawasan sahaja. Kadang-kadang langkah besar itulah yang membawa kita ke arah yang salah,” katanya.

Isu ini pernah timbul apabila Ducati memilih untuk kembali kepada spesifikasi enjin yang hampir dengan GP24 selepas menilai prestasi GP25 dalam ujian pramusim, satu keputusan yang menekankan betapa sukar menilai hala tuju pembangunan sebenar.

Walaupun Bagnaia dan di Giannantonio masih mencari konsistensi dengan jentera 2025, Marquez tampil dominan pada musim sulungnya bersama pasukan kilang Ducati, termasuk mencatat 14 kemenangan berturut-turut pecut dan Grand Prix dari Aragon hingga Hungary.

Marquez, yang terpaksa berehat akibat kecederaan seminggu selepas memenangi gelaran dunia kesembilan di Motegi, dijangka kembali ke litar pada ujian pembukaan musim MotoGP di Sepang, awal Februari ini.-AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN