PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor dan Kerajaan Negeri Selangor terus memperkukuh komitmen bersama dalam membudayakan integriti serta mempertingkat kerjasama strategik ke arah pentadbiran yang bersih dan bebas rasuah. Komitmen itu dizahirkan menerusi kunjungan hormat SPRM Selangor yang diketuai Pengarahnya, Mohd Azwan Ramli bersama barisan pegawai kanan ke Pejabat Menteri Besar Selangor, kelmarin. Pertemuan itu turut menjadi platform perbincangan dan pertukaran pandangan berkaitan usaha meningkatkan kesedaran integriti, pelaksanaan…










