MELAKA: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi membayangkan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka akan diadakan dalam tempoh dua hingga 10 bulan tahun ini. Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, pemimpin UMNO Melaka yang diterajui Ketua Menteri, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh perlu mempertahankan 21 daripada 28 kerusi yang dimenangi pada PRN yang lalu. “Saya sering mengingatkan diri saya untuk memperoleh kejayaan itu sukar tetapi untuk mempertahankan kejayaan…










