PN dijangka muktamad pengerusi bulan ini

PN dijangka muktamad pengerusi bulan ini

PERTEMUAN antara pemimpin Bersatu dan Pas yang dikongsikan di laman Facebook milik Muhyiddin, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perikatan Nasional (PN) dijangka memuktamadkan pelantikan pengerusi baharunya dalam tempoh terdekat, selewat-lewatnya bulan ini, kata Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.

Menurut beliau, pertemuan antara pimpinan tertinggi Pas dan Bersatu yang berlangsung hari ini memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh struktur serta memperkemas hala tuju gabungan itu dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

“Kita menilai keseluruhan kerangka PN bagi memastikan asas gabungan ini lebih mantap dan tersusun. Insya-Allah, pengumuman berkaitan pengerusi baharu akan dibuat dalam bulan ini,” katanya ketika dihubungi.

Pertemuan berkenaan menyaksikan Pas diwakili Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang, manakala Bersatu diketuai Presiden parti itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin yang juga bekas Pengerusi PN memaklumkan perkara tersebut menerusi satu hantaran di laman Facebook rasminya dengan menyatakan perbincangan berlangsung dalam suasana muafakat demi mengukuhkan gabungan berkenaan.

“Alhamdulillah. Kami berbincang dan mencapai kata sepakat untuk terus memperkukuh PN,” katanya secara ringkas.

Turut kelihatan dalam pertemuan itu ialah Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan serta bekas Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, seperti yang dipaparkan dalam gambar yang dikongsikan Muhyiddin. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN