PKNS Selangor Masters kembali buka musim ADT 2026

PKNS Selangor Masters kembali buka musim ADT 2026

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) Selangor Masters menjanjikan aksi golf menarik sebagai acara pembuka musim 2026 bagi Asian Development Tour (ADT) yang dijadualkan berlangsung 11 hingga 14 Februari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Penganjur PKNS Selangor Masters selaku Setiausaha Negeri Selangor, Datuk Dr. Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin berkata, kejohanan golf itu menjadi salah satu acara sukan penting yang menampilkan pemain-pemain terkemuka ADT serta bakat tempatan.

“Kejohanan ini bukan sahaja menjadi platform mempromosikan Selangor dan pelbagai tarikan di negeri ini, malah memainkan peranan penting dalam usaha kami memajukan sukan golf di negeri ini,” katanya.

Kejohanan tahun ini menyaksikan 144 pemain terdiri daripada 80 pemain ADT, 40 dari PGM Tour dan 24 jemputan yang didahului dengan Kejohanan Kelayakan 36-hole pada 27 hingga 28 Januari bagi menawarkan tiga slot utama kepada pemain terbaik.

Sementara itu, Pengurus Besar ADT, Ken Kudo menyifatkan PKNS Selangor Masters sebagai acara ideal bagi kebanyakkan pemain untuk memulakan musim.

“Kejohanan berprestij ini memberikan peluang berharga kepada pemain, terutamanya yang bercita-cita melangkah ke pentas Asian Tour,” katanya.

Seiring dengan usaha pembangunan sukan itu, Juara Selangor International Junior Golf Championship akan diberikan slot bermain dalam kejohanan utama pada 5 hingga 7 Februari, manakala juara lelaki Selangor Junior Masters 2025, Daichi Hayashi, turut menerima slot yang sama.

Penganjuran acara berprestij ke-13 itu menawarkan hadiah berjumlah AS$175,000 dan mengambil tempat di Seri Selangor Golf Club yang terkenal dengan reka bentuk strategik “risiko-demi-ganjaran” serta padang hijau yang licin.

Terdahulu, PKNS Selangor Masters menyaksikan Tawit Polthai dari Thailand meraih gelaran ADT pertamanya dengan jumlah 16-under-par 268, tiga pukulan di hadapan pemain veteran Filipina, Juvic Pagunsan.

Pemain amateur tempatan, Hariz Hezri, pula mencatatkan kedudukan bersama ke-11 dengan 4-under-par 280, manakala bonus RM10,000 bagi juara 2022 yang dimenangi oleh Shahriffuddin Ariffin.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN