HULU SELANGOR: UMNO mempunyai peranan penting dalam Kerajaan Perpaduan terutama dalam memastikan kestabilan politik negara. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, kematangan UMNO sebagai parti politik Melayu terbesar dalam kerajaan juga telah membantu memperkukuh dan melancarkan fungsi pentadbiran negara. “Saya meletakan kepercayaan yang penuh terhadap kepimpinan UMNO bagaimana memposisikan kedudukan mereka. UMNO merupakan parti berteraskan Melayu terbesar dalam kerajaan dengan 30 Ahli Parlimen. Parti itu juga memegang…










