KUALA LUMPUR: Sebarang keputusan persempadanan maritim antara Malaysia dan Singapura mestilah berlandaskan prinsip undang-undang antarabangsa. Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, ia merangkumi undang-undang laut, sebagai asas kepada rundingan persempadanan maritim. “Jika maritim sempadannya, maka kita perlu berlunaskan kepada Undang-Undang Laut. Itu asas kita dan kita berasaskan rundingan berasal kepada undang-undang antarabangsa. “Jadi, apa jua keputusannya nanti, kita sentiasa mengambil kira hak kedaulatan negara,” katanya bagi menjawab soalan tambahan…










