KUALA LUMPUR: Pelaksanaan kanak-kanak berumur enam tahun Tahun Satu tidak dijadikan sebagai perintis, sebaliknya secara berfasa dan berlandaskan perancangan rapi mengikut perbincangan dengan pihak berkaitan. Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, kanak-kanak tidak wajar dijadikan bahan percubaan, sebaliknya setiap pelaksanaan dasar mesti mengambil kira perkembangan kanak-kanak menyeluruh mereka. “Anak kita bukan untuk ujian makmal ataupun tikus makmal. Sebab itu kita tekankan bahawa dalam konteks ini kita nak bagi tumpuan kerana ia…










