KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan telah mengemukakan permohonan kepada kerajaan bagi mendapatkan syor pelanjutan tempoh kontrak mulai tahun 2026 melibatkan seramai 1,820 petugas kesihatan. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, permohonan itu merangkumi 600 penolong pegawai perubatan, 437 penolong pegawai kesihatan persekitaran serta 783 petugas daripada skim perkhidmatan lain. Katanya, status pelanjutan tempoh kontrak berkenaan akan dimaklumkan kepada petugas terlibat menerusi Ketua Jabatan masing-masing sebaik pihaknya menerima kelulusan daripada…










