KUALA LUMPUR: Kanak-kanak daripada keluarga berpendapatan rendah (B40) diberi keutamaan dalam kemasukan ke kelas prasekolah di bawah Kementerian Pendidikan bagi memastikan akses pendidikan awal yang lebih saksama di seluruh negara. Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh berkata, langkah itu selaras dengan komitmen kementerian untuk memperluas pendidikan prasekolah percuma bagi mengelakkan keciciran kanak-kanak pada peringkat awal. “Kementerian Pendidikan komited memastikan lebih ramai kanak-kanak mendapat akses kepada pendidikan prasekolah percuma selaras dengan…










