Lestshanaa kempunan ke final

Lestshanaa kempunan ke final

K. Letshanaa
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemain perseorangan wanita No. 1 Malaysia, K. Letshanaa tumpas kepada Pitchamon Opatniputh dari Thailand pada separuh akhir Kejohanan Badminton Terbuka Indonesia di Jakarta, Indonesia, hari ini.

Letshanaa yang menghuni ranking ke-42 dunia itu tunduk straight set kepada Opatniputh yang berada di tangga No. 36 dunia 15-21, 17-21 dalam masa 41 minit.

Kedua-dua pemain belum pernah bertemu dalam mana-mana kejohanan antarabangsa dan kekalahan menimpa Letshanaa meletakkan wakil negara itu kini ketinggalan 0-1 di belakang Opatniputh.

Walaupun tewas, Letshanaa mempamerkan peningkatan yang baik di bawah bimbingan jurulatih, Iskandar Zulkarnain Zainuddin sejak Oktober tahun lalu.

Diharapkan pemain berusia 22 tahun itu akan terus mengekalkan rentak permainan yang lebih konsisten pada kejohanan akan datang.

Sasaran berada dalam kelompok 32 terbaik yang diletakkan Iskandar wajib dicapai Letshanaa dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini.

Justeru, anak jati Selangor itu perlu terus beraksi baik dan melangkah lebih jauh bagi menokok mata rankingnya.

Mara ke separuh akhir pada kejohanan Super 500 satu permulaan positif untuk Letshanaa dan sekali gus membuka laluan kepadanya menyertai pertandingan lebih tinggi seperti Super 750 selepas ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN