Korea Selatan ancam boikot Piala Asia

Korea Selatan ancam boikot Piala Asia

Pemain wanita Korea Selatan menunjukkan reaksi mereka selepas perlawanan persahabatan antarabangsa menentang Australia di Stadium McDonald Jones, Newcastle pada April tahun lalu. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEOUL: Pasukan bola sepak wanita Korea Selatan mengancam untuk memboikot aksi sebelum Piala Asia Mac ini ekoran keadaan yang dianggap diskriminasi oleh Persatuan Bola Sepak Korea (KFA).

Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Korea mendedahkan kenyataan bersama yang dihantar pemain kebangsaan kepada KFA pada September tahun lalu, menggesa pembaikan terhadap keadaan buruk ketika tugasan bersama pasukan kebangsaan.

“Pemain terpaksa menempuh perjalanan jauh dengan bas dan penerbangan kelas ekonomi, serta menginap di penginapan yang tidak mencukupi jauh dari pusat latihan.

“Mereka juga dikehendaki menanggung sendiri kos seperti pengangkutan dari lapangan terbang dan kit latihan,” kata kenyataan berkenaan.

Seorang pegawai KFA memberitahu AFP bahawa pihaknya telah menyemak secara dalaman langkah demi langkah untuk memperbaiki keadaan dan membincangkan isu ini sejak menerima kenyataan berkenaan.

Piala Asia Wanita 2026 melibatkan 12 pasukan dijadual berlangsung di Australia dari 1 hingga 21 Mac, dengan Korea Selatan diundi dalam kumpulan pertama bersama Australia, Iran dan Filipina.

“Selama bertahun-tahun, pemain wanita pasukan kebangsaan telah bertahan dalam keadaan buruk dan tidak munasabah, hanya disokong oleh kebanggaan mereka sebagai ‘wakil negara’.

“Terdapat perbezaan jelas dan tidak boleh dinafikan berbanding dengan keadaan dinikmati oleh pasukan lelaki kebangsaan,” tambah kenyataan berkenaan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN