SEPANG: Kes kehilangan pelakon wanita, Nadiah Kasumawati Binti Abdul Karim, 50, atau Nadia Kesuma telah dirujuk kepada Konsulat Malaysia di Arab Saudi. Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah KLIA, Asisten Komisioner M Ravi ketika dihubungi di sini, hari ini. Ravi berkata, laporan polis kes kehilangan pelakon itu kini diklasifikasikan sebagai Orang Hilang (OH). “Kami telah menerima satu laporan polis dibuat seorang lelaki Melayu berumur 47 tahun yang merupakan adik kepada…










