PETALING JAYA: Seorang pemimpin akar umbi Pemuda UMNO menolak gesaan Ketua Pemuda, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh supaya parti itu menarik diri daripada Kerajaan Perpaduan bagi bekerjasama dengan Pas melalui Muafakat Nasional (MN). Ketua Penerangan Pemuda UMNO Jeli, Wan Mahussin Wan Zain berkata, langkah itu tidak akan menguatkan UMNO atau menyelamatkan kepentingan orang Melayu, sebaliknya berisiko melemahkan pengaruh parti sahaja. Beliau turut mempersoalkan jaminan kerjasama bersama Pas sekiranya UMNO kembali…










