PETALING JAYA: Kajian cadangan mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri mula dibuka dari 21 hingga 28 Januari ini bagi mendapatkan pandangan pelbagai pihak termasuk Ahli Parlimen, penjawat awam, masyarakat sivil dan orang awam. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, maklum balas yang diterima akan dijadikan input penting bagi membantu kerajaan membuat keputusan dasar yang seimbang, berasaskan bukti dan selaras dengan Perlembagaan Persekututuan.…









