Duopharma Biotech kaji guna semula dadah IMP - Utusan Malaysia

Duopharma Biotech kaji guna semula dadah IMP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Duopharma Biotech Berhad (Duopharma Biotech) bakal menjalankan penyelidikan guna semula dadah yang melibatkan pembuatan Produk Ubat Penyiasatan (IMP) untuk ujian klinikal di Malaysia dan bagi tujuan pengkomersilan.

Sehubungan itu, satu Memorandum Persefahaman (MoU) telah ditandangani dengan Pusat Diagnostik Mampu Milik berpangkalan di UK & Therapeutics Limited (CADT) dan PAMOJA Therapeutics BV (PAMOJA) dari Belanda.

Pengarah Urusan Kumpulan Duopharma Biotech, Leonard Ariff Abdul Shatar berkata, peluang untuk bekerjasama dengan dua rakan niaga itu adalah penting bagi menjalankan penyelidikan yang ingin ditemui sebagai kegunaan dan petunjuk baharu untuk produk farmaseutikal sedia ada.

‘“Kami percaya bahawa penyelidikan secara luas, dapat memanfaat produk farmaseutikal yang dipercayai sebagai salah satu cara untuk memastikan pesakit boleh mempunyai lebih banyak pilihan.

“Di samping itu, terdapat lebih banyak jalan untuk mengeluarkan produk farmaseutikal yang digunakan secara meluas seperti artesunat, yang boleh menyumbang kepada penambahbaikan akses kepada pilihan rawatan, sejajar dengan matlamat kami untuk meningkatkan tahap penjagaan kesihatan,” katanya.

Beliau berkata, CADT yang merupakan perusahaan sosial ditubuhkan bagi memudahkan penyelidikan dan pembangunan saluran paip untuk diagnostik pesakit.

Selain itu, CADT juga menjalankan penyelidikan berkaitan terapeutik bagi penyakit berjangkit dan kanser, malah memberi tumpuan untuk membangunkan terapeutik yang lebih berpatutan dan mudah diakses.

Katanya, perjanjian MoU antara Duopharma Biotech dan CADT bertujuan untuk meneroka bidang potensi kerjasama bersama dan teknikal untuk penggunaan semula ubat dan menjalankan strategik lain dalam skop diagnostik dan terapeutik yang sesuai digunakan untuk penyakit lain dengan mampu milik.

Sementara itu, Pengarah PAMOJA Therapeutics BV, Hans Platteeuw, berkata, kerjasama itu juga bakal memfokuskan kepada rumusan generik artesunat termasuk yang bertujuan untuk monoterapi, atau formulasi novel tersuai artesunat, kepada entiti penyelidikan dan pembangunan (R&D).

Beliau menambah, PAMOJA secara aktif membangunkan terapi kombinasi oral dan pentadbiran intravena artesunat untuk rawatan malaria.

Difahamkan, syarikat farmaseutikal, PAMOJA Therapeutics BV terlibat dalam pembangunan perkongsian dan pengkomersilan portfolio produk artesunate.

Pembangunan penyelidikan itu ditubuhkan sebagai usaha sama antara Avivia Projects BV yang berpangkalan di Belanda.

“MoU antara Duopharma Biotech dan PAMOJA bertujuan untuk meneroka kerjasama dalam pembuatan produk farmaseutikal untuk digunakan semula.

“Duopharma Biotech secara khusus akan bekerjasama dengan PAMOJA dalam pembuatan artesunat untuk ujian klinikal ke dalam penggunaan artesunat dalam petunjuk baru di Malaysia,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN