Kebocoran kolam kumbahan babi cemar sungai di Felda Sri Jaya

Kebocoran kolam kumbahan babi cemar sungai di Felda Sri Jaya

ANAK sungai di Felda Sri Jaya, Bukit Serampang, Johor tercemar ekoran kebocoran kolam kumbahan ladang babi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANGKAK: Punca pencemaran di sebatang anak sungai di Felda Sri Jaya, Bukit Serampang di sini berpunca daripada kebocoran kolam kumbahan ladang babi di Kampung Teratai.

Pejabat Pegawai Daerah Tangkak dalam kenyataan berkata, pemilik ladang telah diarah melaksanakan kerja pembaikan serta-merta yang mana kebocoran berjaya dihentikan.

“Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah Tangkak, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah mengarahkan kerja pembersihan di kawasan terjejas serta sepanjang sistem perparitan Sungai Penyalai bermula hari ini hingga 31 Januari.

“Mikroorganisma berkesan turut dilepaskan bagi membantu penguraian sisa organik serta mengurangkan bau. Tanda-tanda awal pemulihan telah kelihatan,” katanya.

Pemilik ladang juga diarah mengambil tindakan pemuliharaan segera rentetan insiden.

“Siasatan juga sedang dijalankan oleh jabatan dan agensi berkaitan selaras dengan peruntukan undang-undang dan peraturan yang berkuat kuasa,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN