PETALING JAYA: Semua mangsa yang mengalami sesak nafas dalam kejadian kebocoran gas amonia membabitkan sebuah lori di susur masuk Plaza Tol Seremban arah Kuala Lumpur pada 15 Januari lalu berada dalam keadaan stabil. Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menerusi kenyataan berkata, dalam insiden itu seorang jurutol, seorang pengawal keselamatan dan seorang pemandu lori terdedah kepada gas berkenaan sebelum dikejarkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut. “Kesemua mangsa dilaporkan berada dalam keadaan…










