Jangan biar badi itu melekat - Rosman

Jangan biar badi itu melekat – Rosman

Pearly Tan-M. Thinaah melakukan persiapan menjelang aksi Terbuka Malaysia yang dijadualkan berlangsung pada 6 hingga 11 Januari 2026.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Tidak meletakkan sebarang sasaran yang spesifik ke atas Pearly Tan-M. Thinaah di Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia dan hanya sekadar bermain semata-mata adalah satu cadangan yang tidak realisitik buat beregu wanita No. 2 dunia itu.

Ketua jurulatih beregu wanita Malaysia, Rosman Razak menegaskan sasaran awal buat mereka adalah mara di separuh akhir kejohanan bertaraf Super 1000 dalam Jelajah Dunia BWF.

“Untuk mereka (Pearly-Thinaah), tak realistik kalau saya kata, saya cuma nak mereka main sahaja, jika mereka sertai kejohanan, sasaran realistik adalah empat terbaik (separuh akhir).

“Itu realistik. Itu perkara biasa yang sesiapa pun akan cakap. Tapi kita kena ambil satu demi satu sepanjang kejohanan sebab Terbuka Malaysia adalah kejohanan pertama.

“Musim ini (masih) panjang dan banyak lagi kejohanan besar yang kita harus uruskan,” kata Rosman Razak ketika ditemui di Axiata Arena, Bukit Jalil, dekat sini, hari ini.

Beliau berkata, mengharapkan keputusan yang terbaik daripada naib juara Kejohanan Dunia 2025 itu adalah sesuatu yang sangat berasas dan dapat difahami memandangkan status yang dimiliki Pearly-Thinaah menjelang kekohanan pembuka musim 2026 yang memiliki status Super 1,000 itu.

“Sudah tentu sangat realisitik untuk kita mahu keputusan yang terbaik, tetapi kita kena ambil satu demi satu.

“Saya pun baru tahu bahawa Pearly-Thinaah sudah tiga tahun tidak melepasi pusingan pertama di sini (Axiata Arena), jadi, kita mahu lakukan yang lebih baik,” katanya yang baru setahun membimbing beregu wanita No. 1 Malaysia itu.

Ketika ditanya sama ada Pearly-Thinaah mungkin mempunyai badi setiap kali beraksi di hadapan penyokong sendiri, Rosman menegaskan, beliau seboleh mungkin tidak mahu beranggapan sedemikian kerana bimbang nasib buruk itu akan melekat sampai bila-bila.

Dalam masa sama, beliau turut menuntut kesediaan daripada beregu bimbingannya itu untuk mempersiapkan mental dan fizikal mereka bagi sekali lagi mengharungi musim 2026 yang cukup padat.

Tambahnya, apabila Jelajah Dunia Akhir (WTF) menjadi sasaran utama Pearly-Thinaah, maka, mereka seharusnya sudah bersedia untuk menerima hakikat cuti rehat yang tidak panjang.

“Apabila kita cakap kita nak layak ke Jelajah Dunia Akhir, kita dah rancang untuk terima hakikat tidak akan ada rehat yang panjang dan benda ini bukan hanya berlaku kepada kita, semua pasangan handalan perlu mengharunginya,” tegas Rosman.

Bagaimanapun, beliau berkata, bagi musim ini, pihaknya akan melaksanakan satu penyelarasan jadual dengan fokus diberi kepada kejohanan besar seperti Super 1,000 dan 750, selain temasya penting, Sukan Asia dan Piala Thomas/Uber menjadi kewajipan, manakala, pertandingan Super 500 serta yang seangkatannya dikurangkan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN