Hasrat Hon Jian-Haikal tidak kesampaian

Hasrat Hon Jian-Haikal tidak kesampaian

Aksi pasangan beregu lelaki negara, Choong Hon Jian dan Muhammad Haikal ketika menentang pasangan England, Ben Lane dan Sean Vendy pada pusingan pertama Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2026, di Stadium Axiata Arena, di sini hari ini. Foto: SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Hasrat beregu lelaki negara, Choong Hon Jian-Muhammad Haikal Nazri untuk mara lebih jauh dalam penampilan pertama Terbuka Malaysia 2026 tidak kesampaian apabila tersingkir di aksi pusingan pertama, sebentar tadi.

Pasangan No.33 dunia itu gagal mengekang lawan dari England, Ben Lane-Sean Vendy 21-16, 16-21, 15-21 dalam masa 65 minit

Kekalahan itu menyaksikan gandingan No.16 dunia itu mendahului rekod pertemuan 2-1 selepas kali terakhir bertarung pada Terbuka Arctic 2025 yang menyaksikan Hon Jian-Haikal tewas.

Untuk rekod, Hon Jian-Haikal terlepas peluang beraksi pada Terbuka Malaysia tahun lalu selepas Haikal mengalami kecederaan pinggul.

Dalam pada itu, pertemuan dua beregu profesional negara menyaksikan Tan Wee Kiong-Nur Mohd Azryn Ayub mara ke pusingan kedua selepas menewaskan Ong Yew Sin-Teo Ee Yi 11-21, 24-22, 21-11 dalam tempoh 52 minit.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN