PETALING JAYA: Harga emas mengurangkan kenaikan kepada sekitar AS$4,790 (RM19,375.55) seauns (kira-kira RM683 segram) pada sesi awal Asia hari ini. Menurut laporan FXStreet, logam berharga itu menyusut daripada paras tertinggi rekod AS$4,888 selepas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump berundur daripada ancaman tarif ke atas Eropah dan mengumumkan rangka kerja perjanjian berkaitan Greenland. “Bagaimanapun, Trump tidak memperincikan parameter rangka kerja yang dimaksudkan dan masih tidak jelas kandungan sebenar perjanjian tersebut.…










