KUCHING: Pelaksanaan kemasukan Darjah Satu pada umur enam tahun menimbulkan kebimbangan serius di Sarawak disebabkan keadaan sekolah khususnya di luar bandar dan pedalaman yang amat membimbangkan, kata Aktivis Hak Sarawak Peter John Jaban. Menurutnya, sebahagian besar kawasan di Sarawak masih luar bandar dan pedalaman, dengan banyak komuniti yang masih kekurangan infrastruktur asas. Malah, katanya masih terdapat kampung yang tidak mempunyai jalan raya yang sempurna, tiada perkhidmatan bas atau bot yang…










