KULIM: Penahanan seorang bekas wartawan sebuah portal berita untuk siasatan selepas dia mengemukakan soalan mengandungi unsur perkauman tidak mengancam kebebasan bersuara di negara ini. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menjelaskan, polis hanya bertindak sebagai agensi penguat kuasa untuk memastikan undang-undang dipatuhi tanpa sedikit pun menekan kebebasan masyarakat. Beliau berkata, perbandingan dibuat oleh individu itu antara situasi di Palestin dan layanan diterima komuniti Cina di Malaysia jelas tidak…










