Azeem buru slot final NCAA

Azeem buru slot final NCAA

Azeem Fahmi
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Atlet pecut kebangsaan, Muhammad Azeem Fahmi kini sedang mempergiatkan usahanya bagi memburu slot ke peringkat akhir 60 meter (m) dalam dewan pada Kejohanan Persatuan Olahraga Kolej Kebangsaan (NCAA) yang dijangka berlangsung pada Mac ini.

Bagi merealisasikan sasaran tersebut, Azeem dijadual beraksi dalam Kejohanan Jemputan Bob Pollock di Kompleks Sukan Tertutup Clemson, South Carolina, esok.

Azeem mewakili Universiti Auburn menunjukkan prestasi memberangsangkan dalam saingan rekod 60m musim ini apabila mencatat masa 6.60 saat (s) ketika menjuarai Kejohanan Jemputan UAB Blazer di Birmingham, Alabama awal bulan ini.

Atlet dari Teluk Intan itu turut melakukan catatan masa yang sama malah meraih tempat kedua pada acara sama di Terbuka Samford, baru-baru ini.

Pada Kejohanan Jemputan Bob Pollock, Azeem diletakkan dalam saringan kelapan bersama enam pelari dan dia bakal berlari di lorong keempat.

Azeem perlu melepasi had masa 6.55s untuk merebut lapan slot final NCAA dalam dewan, sekali gus mencipta rekod baharu 60m dalam dewan negara iaitu 6.56s yang diciptanya tahun lalu.

Tahun lalu, dua rakan sepasukan Azeem dari Nigeria, Kanyinsola Ajayi dan Israel Okon masing-masing meraih pingat perak dan gangsa pada final NCAA dalam dewan yang merupakan podium pertama Universiti Auburn sejak 2018.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN