PUTATAN: Sebanyak 17 buah rumah atas air di Kampung Dumpil di sini, musnah dalam kebakaran awal pagi tadi, namun tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian berkenaan. Panggilan kecemasan diterima pada pukul 6.59 pagi, sebelum jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Putatan tiba di lokasi sekitar pukul 7.04 pagi, kira-kira empat kilometer (km) dari balai. Ketua BBP Putatan, Penolong Kanan Penguasa Bomba Noor Sherriyana Bohari berkata, kebakaran melibatkan rumah jenis…










