PUTRAJAYA: “Ahli politik membuat keputusan dahulu sebelum berfikir, tetapi hakim perlu berfikir dahulu sebelum membuat keputusan.” Itu merupakan perbezaan ketara yang dirasai oleh Ketua Hakim Negara, Datuk Seri Wan Ahmad Farid Wan Salleh ketika ditanya media mengenai latar belakang kehidupannya. Untuk rekod, Wan Ahmad Farid pernah berkhidmat sebagai setiausaha politik kepada bekas Perdana Menteri, Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi dari 2003 hingga 2008, sebelum dilantik sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri…









