NAKHOM PATHOM: Kejutan terus berlaku di gelanggang sepak takraw di Sukan SEA Thailand 2025 apabila tuan rumah gagal melangkah ke pentas final acara regu.
Dalam aksi separuh akhir sebentar tadi, trio Thailand, Pornthep Tinbangbon, Varayut Jantarasena dan Marukin Phanmakon tumbang 13-15, 15-6, 9-15 kepada regu Vietnam.
Keputusan itu menyaksikan Malaysia akan berdepan Vietnam dalam aksi final regu selepas skua negara menewaskan Indonesia 15-7, 15-10 dalam satu lagi aksi separuh akhir.-UTUSAN










