Tang Jie-Ee Wei cerahkan peluang ke separuh akhir WTF

Tang Jie-Ee Wei cerahkan peluang ke separuh akhir WTF

Chen Tang Jie- Toh Ee Wei kandas di suku akhir pada Kejohanan Badminton Asia (BAC).
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Beregu campuran No. 4 dunia, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei meraih kemenangan kedua selepas membenam cabaran gandingan Indonesia, Jafar Hidayatullah-Felisha Alberta Nathaniel Pasaribu dalam aksi Kumpulan B pada Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Akhir (WTF) 2025 di Hangzhou, China, hari ini.

Juara dunia itu, bagaimanapun, dipaksa bermain sehingga rubber set sebelum beroleh kemenangan 17-21, 21-14, 21-15 dalam masa 1 jam 5 minit.

Kemenangan yang dicatat Tang Jie-Ee Wei itu telah menjarakkan lagi rekod kemenangan mereka ke atas beregu No. 10 dunia tersebut kepada 6-0.

Kejayaan, hari ini, merupakan kemenangan kedua Tang Jie-Ee Wei dan sekali gus, meletakkan mereka di landasan tepat untuk memburu slot ke peringkat kalah mati.

Esok, dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan, beregu campuran No. 1 Malaysia itu bakal berdepan pasangan tuan rumah yang menghuni ranking No. 1 dunia, Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping.

Dengan Jafar-Felisha telah ditimpa dua kekalahan, Tang Jie-Ee Wei kini perlu menunggu keputusan perlawanan antara Yan Zhe-Dong Ping menentang satu lagi beregu negara, Goh Soon Huat-Shevon Jemie Lai.

Seandainya Soon Huat-Shevon sekali lagi ditimpa kekalahan, maka, kedudukan dua tempat teratas untuk ke separuh akhir menjadi milik Tang Jie-Ee Wei dan Yan Zhe-Dong Ping.

Walaupun sudah layak ke separuh akhir kelak, pertembungan, esok, amat penting untuk Tang Jie-Ee Wei bagi memburu kedudukan sebagai juara Kumpulan B. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN