Skuad hoki dalam dewan mara ke final

Skuad hoki dalam dewan mara ke final

SKUAD hoki dalam dewan lelaki negara mengesahkan tiket ke final Sukan SEA 2025. - Konfederasi Hoki Malaysia
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Skuad hoki dalam dewan lelaki negara mara ke final Sukan SEA 2025 selepas menewaskan Singapura 6-0 dalam aksi separuh akhir temasya di Bangkok hari ini.

Kapten negara, Najmi Farizal Jazlan dan Muhamad Izham Azhar masing-masing menjaringkan dua gol manakala bakinya disumbangkan oleh Meor Muhamad Azuan Hasan dan Ashran Hamsani.

Malaysia akan bertemu sama ada Indonesia atau Thailand di pentas akhir esok.

“Syukur alhamdulillah kerana dapat kemenangan 6-0, satu jaringan yang baik pada separuh akhir. Kredit harus diberikan kepada pemain sebab menunjukkan prestasi yang baik.

“Mereka tidak bolos pada perlawanan ini dan ini satu petanda positif menjelang aksi final esok,” kata ketua jurulatih skuad hoki dalam dewan lelaki negara, Muhamad Amin Rahim. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN