Singapura akan buka konsulat di Sabah, Sarawak

Singapura akan buka konsulat di Sabah, Sarawak

LAWRENCE Wong ketika mengadakan mesyuarat bersama dengan delegasi Malaysia di Singapura hari ini. - FATH RIZAL/Pejabat Perdana Menteri
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Singapura menyambut baik keputusan Malaysia meluluskan cadangan untuk membuka konsulat di Sabah dan Sarawak bagi memperkukuh hubungan antara rakyat kedua-dua negara.

Perdana Menteri Singapura, Lawrence Wong berkata, pihaknya gembira Malaysia bersetuju secara rasmi dengan cadangan Singapura membuka konsulat di Sabah dan Sarawak.

“Ini akan membolehkan Singapura menyediakan perkhidmatan konsular kepada rakyatnya di sana, selain memperkukuhkan hubungan erat yang sudah terjalin antara rakyat Malaysia dan Singapura,” katanya ketika sidang akhbar bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas Sesi Pemukiman Pemimpin-Pemimpin Malaysia–Singapura kali ke-12.

Menurut Wong, perkara itu pertama kali dibangkitkan pada pemukiman pemimpin di Putrajaya, Januari lalu.

Kini, Singapura mempunyai dua misi diplomatik di Malaysia iaitu Suruhanjaya Tinggi di Kuala Lumpur dan konsulat di Johor Bahru, yang mula beroperasi pada 2009. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×