Rogol wanita China, Taeil dan dua lain dipenjara tiga tahun enam bulan - Utusan Malaysia

Rogol wanita China, Taeil dan dua lain dipenjara tiga tahun enam bulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEOUL: Mahkamah tinggi Korea Selatan menetapkan hukuman tiga tahun enam bulan penjara ke atas bekas anggota kumpulan NCT, Taeil.

Ketetapan itu dibacakan hakim, Seo Kyun- Hwan selepas rayuan yang dikemukakan penyanyi itu dan dua yang lain, ditolak.

Ketiga-tiga pesalah turut diarahkan untuk menyempurnakan 30 jam program pemulihan keganasan seksual selain sekatan lima tahun terhadap pembabitan dalam mana-mana institusi berkaitan kanak-kanak, remaja dan orang kurang upaya.

Terdahulu, Taeil dan dua yang lain mengaku bersalah merogol seorang wanita China di sebuah pangsapuri sekitar Bangbae-dong, sekitar Jun tahun lepas.

Penyanyi berusia 31 tahun itu serta merta digugurkan daripada menganggotai NCT susulan pendakwaan tersebut.

“Saya memohon maaf kerana mengecewakan peminat,” katanya dalam kenyataan.

Taeil dan dua pelaku bekenaan mengemukakan rayuan selepas perbicaraan pertama.

Mahkamah bagaimanapun menolak rayuan tersebut sekali gus mengekalkan hukuman ditetapkan. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN