Rins akui Yamaha ketinggalan

Rins akui Yamaha ketinggalan

ALEX Rins. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

VALENCIA: Pelumba Monster Yamaha, Alex Rins mengakui prestasi jenteranya ketika ini ketinggalan berbanding pesaing utama MotoGP.

Mengulas kembali hujung minggu perlumbaan MotoGP, Rins berkata, peningkatan Aprilia amat ketara, manakala Honda pula menunjukkan kebangkitan yang mengagumkan selepas beberapa musim suram.

“Apa yang saya lihat ialah Aprilia telah banyak bertambah baik dan kini setanding dengan Ducati. 

“Honda pula benar-benar meningkat, apa yang dilakukan Johann Zarco pada awal musim, kemudian Luca Marini dan Joan Mir sekarang, mereka mencatat keputusan yang hebat,” katanya.

Menurut pelumba Sepanyol itu, situasi tersebut meletakkan Yamaha dalam kedudukan yang agak tercicir, namun beliau menegaskan musim depan masih terbuka.

“Nampaknya sekarang kami agak ketinggalan, tetapi tiada apa-apa yang tertulis tentang masa hadapan,” katanya.

Musim ini menyaksikan Ducati mendominasi dengan merangkul tiga kejuaraan utama pelumba, pengeluar dan pasukan manakala Aprilia menutup kempen dengan cemerlang apabila memenangi tiga daripada empat perlumbaan terakhir musim.

Honda pula berjaya keluar daripada kelompok konsesi terendah apabila mengumpul 285 mata pengeluar, pencapaian terbaik mereka sejak 2019. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN