PETALING JAYA: Lebih 40,000 ahli rakan penghantar p-hailing dan pemandu e-hailing masih menunggu penjelasan kerajaan berhubung penawaran perkhidmatan e-hailing menggunakan konsep tawar menawar (bidding) yang bercanggah dengan perundangan negara. Persatuan Penghantar P-Hailing Malaysia (Penghantar) berkata, perkara itu telah dibawa semasa sesi libat urus antara Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) bersama beberapa persatuan pada 17 November lalu. Menurutnya, meskipun Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook pernah mengesahkan konsep bidding itu tidak…









