KOTA KINABALU: Semua syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan badan berkanun di Sabah diarahkan mengemukakan laporan prestasi bertulis setiap tiga bulan terus kepada Ketua Menteri Sabah mulai tahun depan. Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, laporan itu akan diserahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Pengurus Besar Kumpulan dan Pengurus Besar setiap GLC dan badan berkanun di negeri ini. Menurut Hajiji, inisiatif itu bertujuan memastikan kerajaan negeri menerima maklumat tepat pada masanya…










