Pecutan emas Ridwan tawan keirin Sukan SEA

Pecutan emas Ridwan tawan keirin Sukan SEA

ATLET berbasikal negara, Muhammad Ridwan Sahrom memenangi acara Keirin lelaki akhir pada Sukan SEA Thailand 2025 di Sports Authority of Thailand di sini hari ini. GAMBAR: FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelumba berbasikal trek negara, Muhammad Ridwan Sahrom, menamatkan penantian peminat Malaysia apabila menawan pentas tertinggi dengan pecutan bertenaga pada saat akhir untuk meraih pingat emas keirin di Sukan SEA Thailand 2025, hari ini.

Beraksi di Velodrom Hua Mark, Bangkok, Ridwan, 24, berdepan cabaran sengit daripada juara Sukan Asia 2018 dari Thailand, Jai Angsuthasawit, dan barisan pelumba ternama lain.

Namun, di saat ramai sudah menjangkakan kemenangan tuan rumah, Ridwan mempamerkan tenaga luar biasa dan strategi bijak untuk melepasi Jai di garisan penamat, memastikan Malaysia terus menjadi kuasa besar Asia Tenggara dalam acara keirin.

Pingat gangsa menjadi milik pelumba tuan rumah, Norasetthada Bunma, yang berjaya menyingkirkan pelumba negara, Muhammad Fadhil Zonis, di tempat keempat.

Kemenangan emas ini menandakan pencapaian tertinggi Ridwan di pentas antarabangsa, selepas beberapa kali muncul di podium tetapi gagal meraih juara.

Acara keirin sudah tiga edisi tidak dipertandingkan di Sukan SEA, kali terakhir Datuk Azizulhasni Awang menjuarai emas pada 2017 di Kuala Lumpur, menjadikan kejayaan Ridwan lebih manis dan bermakna. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN