KUALA LUMPUR: Pelaburan berpotensi bernilai RM4.5 bilion kini berada dalam pelbagai peringkat perbincangan dan pelaksanaan ekoran peningkatan minat pelabur India terhadap peluang dalam sektor berteknologi tinggi di Malaysia hasil lawatan rasmi Perdana Menteri ke India. Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Liew Chin Tong berkata, Malaysia berjaya menarik minat pelabur India untuk meneroka peluang pelaburan baharu dalam sektor berteknologi tinggi, pembuatan bernilai tambah serta perkhidmatan termaju susulan lawatan Perdana Menteri…










